
Sungguhpun begitu, beliau mempunyai daya ingatan yang sangat kuat. Daya ingatannya seperti orang muda. Mampu mengingati sesuatu secara tepat dan terperinci. Walaupun petua beliau ini bersifat 'tradisional' tetapi kesannya cukup efektif dan berkesan. Ada dua jenis petua beliau :
1) Setiap hari semasa mandi, tahankan air dengan mengepitkan kedua-dua belah paha. Kemudian ambil air tersebut ke dalam bekas. Sapukan air tersebut ke seluruh muka. Mulakan dari bahagian dahi sambil selawat dengan niat supaya diberi hati yang terang dan ingatan yang kuat. Lakukan sebanyak 3 kali. Selepas itu, minumlah air tersebut barang seteguk.
2) Ambil halia yang sudah tua untuk dijadikan halua. Halia itu dibersihkan, dipotong dan dimasak dengan mencampurkan gula. Makanlah pada setiap pagi dan malam secara konsisten. Lebih baik membaca selawat sebelum memakannya
No comments:
Post a Comment