Bagaimana caranya memikat hati guru agar kita sentiasa mendapat keredhaan daripada mereka dalam usaha kita menuju ke puncak jaya?
Petua Pertama ;
Betulkan niat untuk betul-betul belajar. Kita perlu ingat, orang yang bijak adalah orang yang mempunyai kebolehan untuk mempelajari sesuatu dengan baik, bukan orang yang suka menunjukkan kepandaian mereka. Kita datang ke sekolah atas tujuan menuntut ilmu, bukan datang buat celaru. Niat yang betul ketika datang sekolah akan mengelakkan kita daripada terjebak dengan masalah disiplin yang guru tidak suka.
Petua Kedua
Tawarkan bantuan anda apabila mereka memerlukannya. Sebagai contoh, di sekolah selalunya kita dapat lihat guru terpaksa bawa banyak buku ke bilik mereka. Ada ketikanya, guru akan meminta pertolongan pelajar dan ada ketikanya, guru tidak meminta dan cuba membawa sendiri. Peranan kita disini ialah menawarkan bantuan tanpa disuruh. Kebiasaannya, pelajar akan menolong guru mereka tetapi mereka menunggu hingga disuruh. Janganlah menunggu disuruh untuk membantu.
Petua Ketiga ;
Timbulkan minat untuk belajar’. Jika ditanya, apakah fungsi dan peranan seorang guru? Tentulah untuk mengajar bukan? Jika kita mempunyai minat untuk belajar, kita akan membuat guru kita mampu memenuhi peranan mereka. Apabila pelajar menunjukkan rasa minat untuk belajar, guru akan bertambah minat untuk mengajar.
Petua Keempat
Tumpukan sepenuh perhatian’ semasa guru sedang mengajar. Apabila guru mula mengajar, berhenti daripada melakukan perkara lain. Pendek kata, 100% perhatian mesti diberikan kepada ajaran guru . Memberikan tumpuan tidak bermakna hanya duduk diam tidak bersuara. Bertanya jika kurang faham. Angkat tangan dan tanya dengan sopan tentang apa yang tidak faham.. Beri tumpuan dengan cara duduk yang betul. cara duduk seorang pelajar cemerlang ialah duduk dengan selesa, tegak dan tubuh ke depan sedikit, tidak menyandar seperti lagak seorang boss, menongkat dagu atau meletak kepala di atas meja.
Petua Kelima
Elakkan daripada melakukan sesuatu yang guru kita larang. Guru kita sudah pasti lebih banyak pengalaman terutamanya dalam bidang yang diajarinya.. Apabila guru melarang kita daripada melakukan sesuatu, ikut nasihatnya Contoh paling mudah, jika guru suruh kita diam semasa dia mengajar, kita perlu diam. Mengapa? Jika jika tidak diam, tentu susah untuknya mengajar. Apabila dia rasa susah untuk mengajar, tentu susah juga baginya untuk membuat kita faham. Petua ini adalah petua yang paling mudah difahami tetapi ia juga petua yang paling susah diamalkan oleh pelajar. Ini adalah kerana apa yang pelajar suka selalunya adalah apa yang guru tidak suka. Contohnya guru tidak suka pelajar bising dalam kelas, tetapi pelajar sangat suka membuat bising di dalam kelas. Guru sangat melarang pelajarnya daripada meniru tetapi pelajar sangat suka meniru kerana ia kerja mudah bagi mereka.
Petua Keenam
‘hormati guru anda’. Apa yang perlu dilakukan untuk menunjukkan rasa hormat kepada guru anda
1. Beri perhatian apabila guru bercakap sama ada di dalam kelas atau semasa dia sedang bercakap dengan anda. Jangan ambil hati teguran mereka walaupun ia mungkin berbunyi kasar dan menyakitkan hati. Saya percaya guru anda tidak ada langsung niat buruk dengan kata-kata mereka.
2. Ceriakan diri anda semasa guru anda sedang mengajar dalam kelas. Duduk seperti seorang pelajar ceria yang seronok berada dalam kelas. Jika anda kelihatan seperti bosan, guru anda akan rasa anda tidak suka kepadanya atau tidak suka apa yang diajarnya. Ini juga akan membuat mereka rasa anda tidak hormat kepadanya.
3. Latih gunakan suara dan intonasi yang berbunyi mesra. Kadangkala pelajar tidak sedar bahawa gaya mereka bercakap berbunyi agak biadab dan tidak sopan.
4. Jangan bergurau berlebihan dengan guru anda. Tidak salah bergurau dengan seorang guru tetapi anda tidak boleh samakan bergurau dengan guru dan bergurau dengan kawan.
Mengapa kita perlu memikat hati guru kita ?
Jika kita boleh memikat hati mereka,
Guru akan lebih bersemangat untuk membantu kita mencapai kejayaan.
Guru akan dapat rasa kesungguhan kita untuk belajar lalu mereka akan bantu kita dengan sepenuh hati mereka.
Guru juga juga manusia biasa. Jika jauh hati mereka daripada kita, jauh jugalah peluang kita untuk mendapat sebanyak manfaat daripada apa yang mereka ajarkan.
Kita akan mendapat lebih berkat daripada ilmu yang guru ajarkan. Petua ini semua menekankan agar kita hormat dan dengar nasihat guru. Jika kita lakukan itu semua, peluang untuk kita ingat apa yang diajarkan adalah lebih besar.
Kita akan pandai menyesuaikan diri dalam suasana majlis ilmu. Jika kita pandai memikat hati guru, kita akan mudah pelajari sesuatu dengan sangat cepat tidak kira di mana sahaja kita menuntut ilmu.
Untuk rakan semua, Satu kelebihan jika kita menghormati orang lain tidak kira mereka guru atau tidak. Ingat, jika kita hormat orang lain, orang lain juga akan hormati kita. Jika kita mahu dihormati, kita mesti menghormati orang terlebih dahulu.

Selamat mencuba petua-petua ini dan selamat berjaya!
Semoga anda semua beroleh keredhaan dan keberkatan daripada apa yang dilakukan. Dan semoga tercapai segala impian yang dihajatkan.
No comments:
Post a Comment