Salam semua,
tak lama lagi hari lebaran menjelang tiba, pasti ramai yang dah merancang nak balik kampung.. so, Za selitkan doa bagi menghilangkan mengantuk ketika memandu, almaklumlah... perjalanan balik pastinya memakan masa dan mengundang mata untuk terlena seketika. Doa ini diperoleh dari seorang rakan..
Sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...
" LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..." (maknanya: "[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR")
Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat
"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3X.
Semoga perjalanan kita selamat pergi dan selamat kembali..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment