Wednesday, September 23, 2009

Mutiara Kata Bulan September

"Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya"

Tuesday, September 15, 2009

Kasih Sayang Mengikut Bulan

( dapat bahan dari email yg diforwardkan oleh seorang kawan )

Januari
- Mudah jatuh cinta. - Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati. - Pandai mengambil hati pasangannya. - Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya. - Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya. - Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya. - Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang. - ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh pabila melakukan kerja

Februari
- Sukar untuk jatuh cinta . - Amat hormat kepada pasangan. - Amat suka memikat pasangan. - Jujur dan berterus terang dalam perhubungan. - Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya - Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu) . - Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan. - Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya. - Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya. - Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati. - Sangat baik dalam menjaga perhubungan. - Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai. - Perasaan cemburu yang minima. - Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya. - Mudah memilih pasangantan pa berfikir dengan waras. - Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta. - Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai. - Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati. - Sentiasa ingin diberi perhatian. - Amat cemburu dalam perhubungan. - Kesetiaan teguh terhadap pasangannya. - Emosi cepat terusik dan mudah terluka. - Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk. - Romantik dan terlalu romantik. - Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai. - Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

Mei
- Amat mudah jatuh cinta. - Baik dan jujur dalam perhubungan. - Pandai menarik hati pasangan. - Perasaan cinta yang mendalam. - Mudah untuk di pujuk. - Mudah menerima cinta seseorang. - Pilihan yang tepat dalam berpasangan. - Nekad untuk menjaga hubungan yang baik. - Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) . - Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan. - Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan. - Ambil berat dalam menjaga hubungan.

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan. - Sukar melukai dan memahami hati pasangan. - Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih. - Cerewet dalam hubungan. - Selalu beremosi. - Mudah merajuk dan mudah di pujuk. - Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpa tan orang. - Elok untuk menjadi Ibu yang baik. - Dahagakan pujian dari pasangan.

Julai
- Amat suka didampingi pasangan. - Sukar dimengerti oleh pasangan. - Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan. - Amat mudah dipujuk dan berterus terang. - Amat menghargai kesetiaan pasangan. - Mengambil berat dan mengasihi pasangan - Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai. - Mudah terluka dan lambat untuk pulih. - Suka merajuk dan dipujuk. - Setia terhadap pasangan. - Suka mendengar dan tidak suka membantah. - Cemburu terhadap pasangan. - Suka menilai dan menjaga perhubungan.

Ogos
- Pandai memujuk pasangan - Suka memimpin pasangan. - Romantik, Pengasih dan Penyayang. - Kelam kabut dalam perhubungan. - Sangat sensitif . - Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.

September
- Bersopan dalam hubungan. - bertolak ansur terhadap pasangan. - Suka mengkritik pasangan. - Sangat prihatin terhadap pasangan. - Sangat sensitif dan emosi. - Pandai memahami pasangan. - Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan. - Sukar melupakan sekiranya hati terluka. - Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan. - Pandai menyimpan perasaan. - Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan. - Suka disayangi dan menyayangi pasangan. - Sopan terhadap pasangan. - Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan. - Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya. - Emosi yang mudah terusik. - Pengasih, Penyayang terhadap pasangan. - Cemburu dan terlalu cemburu. - Romantik - Memahami pasangan.

November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan. - Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa. - Agak degil dan kuat pendirian. - Mudah ambil berat terhadap pasangan. - Emosi yang mendalam. - Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan - Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama. - Tergesa-gesa dalam perhubungan - Suka didampingi oleh pasangan. - Benci bila dikongkong. - Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki) - Suka mempengaruhi pasangan.

A Mother at 65

A 65 year old blonde has a baby.
All her relatives come to visit and meet the newest member of their family.
When they ask to see the baby, the 65 year old mother says “not yet.”
A little later they ask to see the baby again.
Again the mother says “not yet.”
Finally they say, “When can we see the baby?”
And the mother says, “When the baby cries.”
And they ask, “Why do we have to wait until the baby cries?”
The new mother says, “because I forgot where I put it.”

Monday, September 14, 2009

Tahukah Anda ?

1. Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh utk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya.

2. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali

3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu

4. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune

5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati

7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman

8. Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

13. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

16. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

18. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

19. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

20. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

( sumber : http://www.geocities.com/pjeary2k/jee/tahukah_anda.html )

Friday, September 11, 2009

Silap Mata..


Cuba kesan yang tersirat di sebalik yang tersurat.. Image apa yer...
Jawapannya.. gambar atas tu wajah wanita muda yang cantik dan wajah wanita tua.
Gambar bawahlak.. kuda dan katak..
Boleh kesan tak ????

Yuk.. Hilangkan Rasa Stress..

Kerja seharian pastinya meninggalkan kesan tekanan di jiwa... apatah lagi insan-insan seperti kita yang hari-harinya berdepan dengan seribu satu perangai pelajar... stresssss..... Apa-apa pun, jom... kita hilangkan stress kita...

Soalan pertama....berbunyi
1). Apakah dia 'rumah di bawah, Tiang di atas'...kah. .kah..kah

jawapannye: KUBUR! nam kaki dalam, ada lebar lagi.

2). Cuba teka,mouse komputer , jantan ke betina?

jawapannye: betina.... sebab dia pakai pad.

soalan seterusnye.. ..
3). Antara ekor lembu dengan ekor tikus... ekor saper lagi panjang..... ?
ha...aper dier?..

jawapannye:. ....ekor tikus .....kerana ekor tikus mencecah tanah, ekor lembu langsung tak cecah tanah, tergantung ajer....

4). Kenapa pokok kayu balak ditebang???? ???

abis dah tak boleh di cabut, ditebanglah!!
Adakah anda memerlukan talian hayat??

Soalan seterusnye.. ..
5). Kalau kereta berhenti apa yg turun dulu hah....?kalo terer jawab.

Jarum meter...ahaks. .ahaks...

Soalan keenam pula berbunyi,... .
6). Ianya Besar di negeri Arab, kecil di negeri china,di maggi ada, di lobak pun ada...di sana ada, di sini tiada, yang ada pun ada, yang tiada pun ada ...pening betul lah...jawap lah??????

Dan jawapannye ialah....... ....HURUF A!!!!
Talian hayat anda sudah abis.

Kita ke soalan seterusnye.. ..
7). Ia sejenis benda, nampak macam jalan tetapi ia tidak pula berjalan, kalau ditengok betul- betul...memang sah ia jalan!!!

Memang la jalan raya!....... ...

8) Apa benda jatuh ke bawah tapi orang tercari-cari di atas?

Ha..ha..ha.. ha.. bumbung bas yg bocor dek air hujan...!


SEMOGA DAPAT RELEASE TENSION KORANG.(sori,aaaaaaa) Sekadar Gurauan...

Jom... layan...
















PANDUAN : Doa Hilangkan Mengantuk Ketika Memandu

Salam semua,
tak lama lagi hari lebaran menjelang tiba, pasti ramai yang dah merancang nak balik kampung.. so, Za selitkan doa bagi menghilangkan mengantuk ketika memandu, almaklumlah... perjalanan balik pastinya memakan masa dan mengundang mata untuk terlena seketika. Doa ini diperoleh dari seorang rakan..

Sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...
" LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..." (maknanya: "[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR")

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat
"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3X.

Semoga perjalanan kita selamat pergi dan selamat kembali..

Sunday, September 6, 2009

Petua Memikat Hati Guru

Untuk renungan anak-anak yang bergelar pelajar...

Bagaimana caranya memikat hati guru agar kita sentiasa mendapat keredhaan daripada mereka dalam usaha kita menuju ke puncak jaya?

Petua Pertama ;
Betulkan niat untuk betul-betul belajar. Kita perlu ingat, orang yang bijak adalah orang yang mempunyai kebolehan untuk mempelajari sesuatu dengan baik, bukan orang yang suka menunjukkan kepandaian mereka. Kita datang ke sekolah atas tujuan menuntut ilmu, bukan datang buat celaru. Niat yang betul ketika datang sekolah akan mengelakkan kita daripada terjebak dengan masalah disiplin yang guru tidak suka.

Petua Kedua
Tawarkan bantuan anda apabila mereka memerlukannya. Sebagai contoh, di sekolah selalunya kita dapat lihat guru terpaksa bawa banyak buku ke bilik mereka. Ada ketikanya, guru akan meminta pertolongan pelajar dan ada ketikanya, guru tidak meminta dan cuba membawa sendiri. Peranan kita disini ialah menawarkan bantuan tanpa disuruh. Kebiasaannya, pelajar akan menolong guru mereka tetapi mereka menunggu hingga disuruh. Janganlah menunggu disuruh untuk membantu.

Petua Ketiga ;
Timbulkan minat untuk belajar’. Jika ditanya, apakah fungsi dan peranan seorang guru? Tentulah untuk mengajar bukan? Jika kita mempunyai minat untuk belajar, kita akan membuat guru kita mampu memenuhi peranan mereka. Apabila pelajar menunjukkan rasa minat untuk belajar, guru akan bertambah minat untuk mengajar.

Petua Keempat
Tumpukan sepenuh perhatian’ semasa guru sedang mengajar. Apabila guru mula mengajar, berhenti daripada melakukan perkara lain. Pendek kata, 100% perhatian mesti diberikan kepada ajaran guru . Memberikan tumpuan tidak bermakna hanya duduk diam tidak bersuara. Bertanya jika kurang faham. Angkat tangan dan tanya dengan sopan tentang apa yang tidak faham.. Beri tumpuan dengan cara duduk yang betul. cara duduk seorang pelajar cemerlang ialah duduk dengan selesa, tegak dan tubuh ke depan sedikit, tidak menyandar seperti lagak seorang boss, menongkat dagu atau meletak kepala di atas meja.

Petua Kelima
Elakkan daripada melakukan sesuatu yang guru kita larang. Guru kita sudah pasti lebih banyak pengalaman terutamanya dalam bidang yang diajarinya.. Apabila guru melarang kita daripada melakukan sesuatu, ikut nasihatnya Contoh paling mudah, jika guru suruh kita diam semasa dia mengajar, kita perlu diam. Mengapa? Jika jika tidak diam, tentu susah untuknya mengajar. Apabila dia rasa susah untuk mengajar, tentu susah juga baginya untuk membuat kita faham. Petua ini adalah petua yang paling mudah difahami tetapi ia juga petua yang paling susah diamalkan oleh pelajar. Ini adalah kerana apa yang pelajar suka selalunya adalah apa yang guru tidak suka. Contohnya guru tidak suka pelajar bising dalam kelas, tetapi pelajar sangat suka membuat bising di dalam kelas. Guru sangat melarang pelajarnya daripada meniru tetapi pelajar sangat suka meniru kerana ia kerja mudah bagi mereka.

Petua Keenam
‘hormati guru anda’. Apa yang perlu dilakukan untuk menunjukkan rasa hormat kepada guru anda
1. Beri perhatian apabila guru bercakap sama ada di dalam kelas atau semasa dia sedang bercakap dengan anda. Jangan ambil hati teguran mereka walaupun ia mungkin berbunyi kasar dan menyakitkan hati. Saya percaya guru anda tidak ada langsung niat buruk dengan kata-kata mereka.
2. Ceriakan diri anda semasa guru anda sedang mengajar dalam kelas. Duduk seperti seorang pelajar ceria yang seronok berada dalam kelas. Jika anda kelihatan seperti bosan, guru anda akan rasa anda tidak suka kepadanya atau tidak suka apa yang diajarnya. Ini juga akan membuat mereka rasa anda tidak hormat kepadanya.
3. Latih gunakan suara dan intonasi yang berbunyi mesra. Kadangkala pelajar tidak sedar bahawa gaya mereka bercakap berbunyi agak biadab dan tidak sopan.
4. Jangan bergurau berlebihan dengan guru anda. Tidak salah bergurau dengan seorang guru tetapi anda tidak boleh samakan bergurau dengan guru dan bergurau dengan kawan.
Mengapa kita perlu memikat hati guru kita ?
Jika kita boleh memikat hati mereka,
Guru akan lebih bersemangat untuk membantu kita mencapai kejayaan.
Guru akan dapat rasa kesungguhan kita untuk belajar lalu mereka akan bantu kita dengan sepenuh hati mereka.
Guru juga juga manusia biasa. Jika jauh hati mereka daripada kita, jauh jugalah peluang kita untuk mendapat sebanyak manfaat daripada apa yang mereka ajarkan.
Kita akan mendapat lebih berkat daripada ilmu yang guru ajarkan. Petua ini semua menekankan agar kita hormat dan dengar nasihat guru. Jika kita lakukan itu semua, peluang untuk kita ingat apa yang diajarkan adalah lebih besar.
Kita akan pandai menyesuaikan diri dalam suasana majlis ilmu. Jika kita pandai memikat hati guru, kita akan mudah pelajari sesuatu dengan sangat cepat tidak kira di mana sahaja kita menuntut ilmu.
Untuk rakan semua, Satu kelebihan jika kita menghormati orang lain tidak kira mereka guru atau tidak. Ingat, jika kita hormat orang lain, orang lain juga akan hormati kita. Jika kita mahu dihormati, kita mesti menghormati orang terlebih dahulu.

Selamat mencuba petua-petua ini dan selamat berjaya!

Semoga anda semua beroleh keredhaan dan keberkatan daripada apa yang dilakukan. Dan semoga tercapai segala impian yang dihajatkan.

Saturday, September 5, 2009

Lawak...

1. Kisah 2 ekor anjing
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang kedua-dua anjing tersebut memerlukan stamina yang cukup.Anjing A pun training habis-habisan. Anjing B rileks je.Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada anjing A, malahan sempat makan lagi.Anjing A tak puas hati, tapi anjing B berkata,"Ala... rileks le, aku ni kan anjing laut....."

2. Tinggal kepala jer..
orang asli: selamat pagi tuan.
polis: selamat pagi.
polis: apa hal?
orang asli: saya nak buat repot, tuan.
polis: fasal apa tu?
orang asli: kawan saya dibaham harimau.
polis: pukul berapa?
orang asli: dia tak pukul tuan, terkam
polis: habis?
orang asli: tak habis, tinggal kepala

3. Tertelan duit
Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."

4. Bang... bangun bang
Ada sepasang suami isteri, baru jua berkahwin, menjalani puasa first time as a couple. Hendak dijadikan cerita, mereka ni pun bergaduh ntah pasal apa.Si suami pun ngan merajuk nya bagi cold shoulder kat si isteri dan takmau bercakap dengan bininya. Jadi malam harinya dia pun menulis note untuk si isteri: "Sahur nanti bangunkan abang" dan di simpan dekat dengan tempat tidur isterinya.Apabila si laki ni bangun, hari sudah pun siang dan dia mendapati ada sekeping nota dengan tulisan bini dia: "Bang, bangun bang, makan sahur." Kuang kuang kuang~

Indahnya Alam Ciptaan Tuhan

Salam Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat... Semoga di hari baik dan di bulan baik ini kita semua mendapat keberkatan dari Nya. Amin.

Tatapi dan renungilah keindahan alam ciptaan Tuhan.