1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.
2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul dengannya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.
3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.
4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.
5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.
6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.
8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.
9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.
10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.
11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.
12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.
Saturday, November 7, 2009
Menyingkap Rahsia di Sebalik Tahi Lalat
RAHSIA TAHI LALAT DI MUKA
KENING KANAN
Sekiranya kamu mempunyai tahi lalat pada kening sebelah kanan, kamu dikatakan seorang yang mempunyai akal yang cerdik dan cekap melakukan setiap tugas yang diberikan. Maksudnya kamu mampu memikul segala tanggungjawab yang diamanahkan ke atas kamu.
KENING KIRI
Sifat sopan adalah gambaran bagi mereka yang memiliki tahi lalat sebegini. Kamu juga seorang yang lemah-lembut. Walaupun kamu seorang yang bersopan dan lemah-lembut, namun jangan terperanjat kerana kamu juga seorang yang aktif dan cergas. Tidak hairanlah kamu ini suka melibatkan diri dalam kegiatan lasaktermasuklah acara sukan.
ANTARA DUA KENING
Kamu dikatakan seorang yang keras hati dan pendirian kamu sukar digugat atau dipengaruhi orang lain. Selain itu, kamu juga seorang yang berani. Kadangkala sikap kamu yang berani ‘tak bertempat’ itu mendatangkan keburukan pada diri kamu.
ATAS MATA KANAN
Kamu dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Selain itu,kamu juga selalu berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan. Kebanyakannya mempunyai kerjaya yang mantap dalam masa yang singkat.
ATAS MATA KIRI
Kamu dikatakan mempunyai sikap baik hati dan disenangi orang lain. Tidak hairanlah kamu mempunyai ramai teman tidak mengira status, jantina dan kedudukan.
PIPI KIRI
Ini menunjukkan kamu mempunyai ramai teman. Mungkin kerana kamu seorang yang peramah dan tak sombong. Kamu juga tak kisah berkawan dengan sesiapa sahaja asalkan ikhlas.
PIPI KANAN
Kamu sentiasa menjadi pujaan ramai peminat dari jantina yang berlawanan. Tidak hairanlah jika kamu mudah mendapat pengganti walaupun baru sahaja putus cinta.
PADA HIDUNG
Tahi lalat di bahagian ini menunjukkan kamu ini cukup bernasib baik dan murah rezeki. Kebanyakan mereka ini mampu hidup senang-lenang. Bertuahnya badan!
PADA BATANG HIDUNG
Tahi lalat di bahagian ini dikatakan lebih bertuah. Kamu lebih mudah memperolehi kekayaan dalam hidup dan dicintai sepenuh hati oleh yang tersayang. Kamu juga dikatakan hanya melalui satu perkahwinan sahaja seumur hidup.
BIBIR ATAS KANAN
Kamu seorang yang petah berbicara. Mempunyai banyak rezeki dan pandai.
BIBIR ATAS KIRI
Kamu dikatakan mempunyai ramai kawan kerana sikap baik hati dan suka menolong orang.
BIBIR BAWAH KANAN
Kamu seorang yang disegani oleh ramai orang. Mungkin kerana sikap peribadi kamusendiri membuatkan orang suka kepada kamu. Selain itu, ia juga turut membuatkan wajah kamu manis dan sedap mata memandang.
BIBIR BAWAH KIRI
Kedudukan tahi lalat ini menunjukkan kamu seorang yang pandai berbicara. Setiap kali bercakap orang akan rasa kagum terhadap kamu. Jadi tak hairanlah kamu mampu menjadi penceramah/pemidato yang baik. Pekerjaan yang sesuai dengan kamu ialah pekerjaan yang memerlukan kamu berkomunikasi dengan orang lain secara langsung. Kamu juga seorang yang tidak mudah mengaku kalah.
HUJUNG MULUT KANAN
Kamu jenis yang tak mudah menyerah kalah dan akan mencuba sedaya-upaya. Mereka ini mempunyai semangat juang yang tinggi. Walau bagaimanapun, mereka perlu bekerja keras untuk hidup senang.
HUJUNG MULUT KIRI
Awas! Kamu dikatakan seorang yang suka berfoya-foya dan bersosial. Personaliti kamu yang menarik membuatkan diri kamu mudah menyesuaikan diri dengan orang lain.
DAGU BAWAH KANAN
Kamu dikatakan mempunyai sifat mulia sehingga membuatkan ramai orang menyukai kamu. Kamu jujur dan baik hati dengan semua orang. Namun begitu, akan ada orang mengambil kesempatan di atas kebaikan kamu.
DAGU BAWAH KIRI
Ia menandakan kamu ini seorang yang bijaksana
RAHSIA TAHI LALAT DI BADAN
Adakah kamu sudah mengkaji rahsia di sebalik tahi lalat di wajah kamu? Apakah terdapat persamaan sifat semula jadi kamu dengan definisi yang diberikan? Kali ini kita semak pula rahsia tahi lalat di bahagian tubuh badan.
BAHU KANAN
Mungkin kamu sukar untuk melihat tahi lalat di bahagian ini. Bagi kamu yangmemiliki tahi lalat di bahu kanan, dikatakan sangat berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan. Ini kerana bagi kamu setiap keputusan itu boleh merubah kehidupan kamu. Selain itu, kamu seorang yang bertanggungjawab.
BAHU KIRI
Ini bermakna kamu ini seorang yang suka bekerja keras untuk memastikan kejayaan menjadi milik kamu. Ini termasuklah soal kerjaya, pelajaran atau apa sahaja. Selain itu, kamu juga mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu dipikul hingga mendatangkan masalah kepada diri kamu. Namun begitu, kamu seorang yang pandai mencari jalan untuk menyelesaikan setiap masalah yang menimpa.
JARI TELAPAK TANGAN KANAN
Perhatikan jari-jemari kamu. Adakah terdapat tahi lalat di salah satu jari kamu? Jika ya, ini bererti kamu ini seorang yang murah rezeki. Walau bagaimanapun, satu kelemahan kamu adalah sikap kamu yang terlalu boros dalam berbelanja. Kamu juga seorang yang pemurah. Jika ada peluang, kamu tidak lokek menderma dan belanja kawan-kawan.
JARI TELAPAK TANGAN KIRI
Kamu juga dikatakan murah rezeki dan mampu hidup senang. Namun begitu, kamu seorang yang tidak boros dan pandai menyimpan. Jadi tidak hairanlah jika kamu mempunyai wang simpanan yang banyak di bank.
LENGAN KIRI
Dikatakan orang yang mempunyai tahi lalat di bahagian ini seorang yang berpegang teguh pada janji. Setiap janji yang dibuat pasti akan ditunaikan. Kamu juga seorangyang tepati masa dan cukup gigih berusaha untuk mencapai impian hidup.
LENGAN KANAN
Kamu yang memiliki tahi lalat pada lengan kanan memberi maksud bahawa kamu seorang yang taat pada perintah ketua / guru kamu. Bermakna, kamu ini seorang pekerja / pelajar yang baik dan berdedikasi. Bagi kamu ia perlu agar kamu lebih berjaya pada masa hadapan. Lagipun ia menunjukkan kamu benar-benar jujur dalam setiap yang kamu lakukan.
SIKU TANGAN KANAN
Kamu ini seorang yang bercita-cita tinggi termasuklah ingin memiliki kehidupan yang serba mewah. Ini kerana sifat semulajadi kamu yang terlalu mementingkan material.
SIKU TANGAN KIRI
Berlainan pula tahi lalat di bahagian ini. Kamu dikatakan memiliki sikap terpuji seperti baik hati dan suka menolong orang lain. Keburukannya pula, kamu terlalu mudah untuk dipergunakan oleh orang lain kerana kebaikan kamu. Misalnya, sudah banyak kali duit kamu yang dipinjamkan kepada orang lesap begitu sahaja!
PERGELANGAN TANGAN KANAN
Tanda tahi lalat di bahagian ini menunjukkan bahawa kamu seorang yang menggemari kehidupan yang enjoy. Kamu tidak peduli jika perlu berhabis wang untuk menikmati keseronokan. Ini bermakna kamu juga seorang yang boros.
PERGELANGAN TANGAN KIRI
Ini berita baik buat para gadis. Ini kerana tahi lalat ini memberi tuah kepada kamu. Kononnya kamu akan mendapat calon pasangan hidup yang terdiri daripada orang berpangkat! Bertuahnya badan! Nampaknya tercapailah cita-cita kamu untuk hidup senang.
LUTUT KANAN
Apa tandanya tahi lalat di bahagian ini? Kamu dikatakan seorang yang bersikap suka mengambil mudah tentang sesuatu perkara. Sebab itulah setiap pekerjaan yang kamu lakukan hanya sekadar “melepaskan batuk di tangga” sahaja. Kamu juga malas berusaha walaupun kamu sedar kamu mampu melakukan yang lebih baik.
LUTUT KIRI
Seperti juga di atas, kamu seorang yang malas berusaha, tidak kira soal pekerjaan atau pelajaran. Namun begitu, ada di kalangan mereka yang mampu mencapai kejayaan walaupun dengan usaha yang minima.
BETIS KANAN
Kamu dikatakan suka menghabiskan masa dengan berfoya-foya dan amat boros dalam berbelanja terutamanya jika berkaitan dengan keseronokan.
BETIS KIRI
Berbeza pula bagi kamu yang memiliki tahi lalat di betis kiri. Kamu seorang yang rajin dan gigih berusaha. Sebab itu kamu tidak suka membuang masa dengan sia-sia. Pasti ada saja pekerjaan yang kamu lakukan pada masa lapang.
TUMIT KANAN
Dikatakan tahi lalat ini menggambarkan kamu seorang yang jujur dalam perhubungan dan ini membuatkan kamu mempunyai ramai teman.
TUMIT KIRI
Bagi kamu yang memiliki tahi lalat di bahagian ini, ia menunjukkan bahawa kamu seorang yang baik hati dan tidak lokek untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya walaupun kadangkala kebajikan diri sendiri terpaksa diabaikan.
Penerangan Ringkas...
LOKASI TAHI LALAT & ERTI TAHI LALAT TERSEBUT
Kepala sebelah belakang = Jujur, sabar, tekun
Kening sebelah kanan = cerdas dan c e k a p
Kening sebelah kiri = cerdas , s o p a n- s a n tun
Sudut mata kanan luar = Baik budi, ramai yang cinta
Pipi kanan = Ramai teman
Bibir atas kanan = Pandai
Bibir atas kiri = Ramai kawan,baik hati
Bibir bawah kanan = Disegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah mengalah
Hujung mulut kiri = Suka berfoya-foya
Dagu bawah kanan = Jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri = Bijaksana dan berbudi luhur
Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri = Cerdas dan banyak pengetahuan
Leher di tengah = Mudah tercapai apa yang dicita-citakan
Bahu kanan = Cermat dalam ambil keputusan,banyak tanggungan
Bahu kiri = Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
Dada kanan = Dapat mengatasi masalah
Dada kiri = Berani, jujur, sabar
Pinggang kanan = Bersifat penyayang pada suami atau isteri
Pinggang kiri = Mudah disayangi oleh suami atau isteri
Lengan kanan = Setia dan taat pada golongan atasan
Lengan kiri = Suka bekerja dan selalu menepati janji
Siku tangan kanan = Bersemangat kuat untuk memiliki kejayaan
Siku tangan kiri = Baik hati, suka menolong
Telapak kaki kanan = Tidak mudah mengeluh, kuat berusaha, bakal terkenal
Telapak kaki kiri = Mempunyai budi pekerti yang baik

Subscribe to:
Posts (Atom)